04 August 2016

DIGIGIT KUCING - RAJA ILYA DIMASUKKAN KE ICU, BAKAL DIBEDAH



Biasanya kita hanya mendengar bahaya digigit anjing atau haiwan liar. Malah seseorang yang telah digigit haruslah segera mendapatkan rawatan bagi mencegah kuman merebak.

Namun lain pula kesahnya dengan pelakon Raja Ilya, apabila perlu menjalani pembedahan susulan bagi membuang 12 ketulan yang tumbuh di beberapa bahagian badannya. Semuanya gara-gara kesan sampingan daripada suntikan vaksin yang diterimanya selepas digigit kucing peliharaan, baru-baru ini.





"Doktor memberitahu ketulan itu disebabkan reaksi vaksin dan kes saya adalah satu dalam sejuta," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambah Raja Ilya, selepas disuntik, ketulan-ketulan besar seperti tumor tiba-tiba timbul di beberapa bahagian badannya. Apa yang memeranjatkan, doktor juga memaklumkan peluang hidup adalah 50 peratus dan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 14 hari sebelum Ramadan lalu.

"Rasa sakit seperti nyawa hendak putus. Syukur saya pulih selepas doktor membuang dua ketulan berisiko tinggi.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Kini saya sudah pulih dan boleh mula bekerja seperti biasa, cuma saya masih perlu menjalani pembedahan kedua untuk membuang baki ketulan dan akan melakukannya selepas selesai penggambaran filem," tambahnya.

Untuk info, sebelum ini Ilya telah mengunci mulut mengenai keadaan kesihatannya bila ditanya oleh media kerana merasakan ia kurang sesuai dengan situasi dihadapi ketika itu.

"Saya tidak mahu membesar-besarkan perkara itu. Hanya keluarga terdekat saja tahu masalah ini," jelasnya.


Sumber: HMetro - Foto: Ilya IG - www.myartis.com


         ________________________





No comments: