23 August 2016

PASANGAN PELAWAK & PENYANYI BERGADUH BERPUNCA DARI PESERTA AF2016?



Akademi Fantasia kembali lagi!

Ikhlasnya, tidaklah dipanggil rancangan itu sebagai Akademi Fantasia jika segelintir pesertanya tidak terpalit dengan kontroversi. Heh.





Jika pada musim lalu, juara AF2015 Sufi Rashid terpalit dengan kontroversi ketika diumumkan sebagai seorang peserta bertanding.

Terkini, ada yang mendakwa salah seorang daripada 14 peserta program itu mempunyai kaitan dengan masalah rumah tangga seorang pelawak dengan isterinya yang juga bekas peserta rancangan realiti terbabit.

Pihak produksi AF2016 itu berasa terkejut sebaik diajukan soalan mengenai peserta AF2016 yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri pelawak popular itu.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata pihaknya tidak mengetahui perkara berkenaan dan pada masa sama akan menyiasat berhubung kes terbabit, selain mengada perbincangan bersama produksi AF2016.

"Saya tidak tahu-menahu mengenai perkara ini dan tak juga mendapat sebarang makluman mengenainya. Apapun, kami akan selidik dan melihat perkara ini dengan serius," jelasnya sebaik selesai konsert pertama program itu, semalam.

Peserta berkenaan dikatakan menjadi punca pergaduhan pasangan selebriti terbabit sebaik saja aksi mereka dalam aplikasi nyanyian diketahui pelawak itu.

"Kita berharap, tidak ada sebarang hubungan terlarang berlaku dan perkara ini akan diberikan perhatian sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...