11 August 2016

SELAMAT BERSALIN - RAJA FARAH KINI BERGELAR IBU



Tahniah kami ucapkan buat Raja Farah Raja Aziz, 28, dan suaminya, Iskandar Ismail yang telah menimang cahaya mata pertama mereka yang lahir pada jam 3.35 pagi semalam.

Bayi lelaki pasangan dilahirkan secara normal dengan berat 3.16 kilogram.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Raja Farah di laman sosialnya dengan memuatnaik gambar dia disamping suami sedang memegang bayi mereka.





"Assalamualaikum semua, syukur Alhamdulillah kami nak umumkan secara rasminya, Farah dah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.16kg, jam 3:35 pagi, bertarikh 10 Ogos 2016 secara normal.

"Syukur kehadrat Allah s.w.t. diatas anugerah ini. Terima kasih utk semua doa-doa dan kata-kata sokongan dari semua kawan-kawan dan peminat," maklum Farah di laman IGnya.

Perkhabaran berita gembira itu sekaligus mendapat respon baik dari semua peminat beliau yang sudah lama menantikan kedatangan cahaya mata pertama pasangan ini.



Malah ruangan komen juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dari semua peminat beliau, selain itu ada juga di antaranya sudah tidak sabar lagi ingin melihat wajah bayi comel mereka itu nanti.

Untuk rekod, Raja Farah dan Iskandar bernikah pada 6 September 2015. Sebelum ini, Raja Farah pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010, namun jodoh mereka berakhir pada 25 Mei lalu.

Semoga kehadiran putera sulung ini, keluarga kecil Farah dan juga suami akan bertambah meriah dan dilimpahi rezeki.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________




Sumber & Foto: Raja Farah IG


         ________________________





No comments: