11 August 2016

VISA TUNAI HAJI - TABUNG HAJI 'NAFI' BERI PADA NEELOFA



Kita semua sedia maklum bahawa pengacara dan pelakon Noor Neelofa Mohd Noor, 27, bakal mengerjakan haji bersama ibu bapanya pada 5 September depan. Tapi tekini, Lembaga Tabung Haji (TH) menyangkal dakwaan pihaknya bahawa memberi kelulusan kepada Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan aktres itu membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan.

"Jika ada visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ia adalah tidak melalui TH," ujar TH dipetik sebagai berkata.





Semalam TH dalam kenyataan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan artis berkenaan dan telah mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan sedia ada dan tiada kelulusan diberikan kepada beliau bagi rayuan tersebut.

Tambah TH lagi, pihak mereka sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan yang berperingkat serta mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Maka dari itu, TH memohon agar isu itu tidak disensasikan, kerana ia boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pendeposit TH.

Terdahulu, media melaporkan Neelofa berasa terkejut dan teruja apabila disahkan mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini selain meluahkan rasa syukur kerana berpeluang membawa ibu bapa ke Mekah. Neelofa akan berada di Tanah Suci selama 15 hari bermula pada 5 hingga 20 September depan.


Sumber: mStar




         ________________________





No comments: