10 August 2016

"SUAMI MAHU SAYA HAMIL SAMA-SAMA DENGAN ADIRA" - DATIN RED



Datin Syarifah Norshafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red, 30, berkata bahawa dirinya diberitahu secara peribadi oleh suaminya, Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) mengenai kehamilan madunya, Adira Suhaimi.

Datin Red turut tidak menolak suaminya itu juga meminta agar dia hamil semula, untuk 'bersama-sama' merasai pengalaman dengan madunya itu. Namun dirinya merasakan ia bukanlah masa yang sesuai untuk kembali mengandung.





"Suami saya juga ada beritahu yang Adira mengandung, dalam masa yang sama minta saya juga hamil sekali. Bagaimanapun saya rasa biarlah dulu. Belum masanya untuk saya kembali mengandung," jelasnya.

Dalam pada masa sama, Datin Red menasihati madunya agar menjaga kandungan kerana tidak mahu sesuatu yang buruk atau tidak baik menimpa madunya itu, walaupun sebenarnya hubungan mereka tidaklah semesra mana.

Berharap Adira menjalani proses kehamilan yang baik, Datin Red turut menasihati Adira supaya mementingkan emosi diri. Ini kerana, penting buat penyanyi itu menjaga emosinya agar tidak terlalu stres.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Jelasnya yang mempunyai pengalaman dalam proses kehamilan, dia yakin selain pemakanan, Adira juga perlu memastikan fikirannya dalam keadaan yang baik-baik sahaja memandangkan kandungan madunya itu baru sahaja masuk minggu ketujuh.

"Saya tahu dia mengandung ketika sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri yang lalu. Nasihat saya agar dia menjaga pemakanan dan jangan stres. Saat ini saya biasa sahaja bila tahu dia mengandung, mungkin bila ada anak nanti kami akan berkongsi perasaan yang sama," ujarnya dipetik sebagai berkata.




Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: