10 August 2016

RAKAMAN CCTV - DUA SUSPEK REMPUH PALANG PARKIR LARIKAN KERETA CHE TA



Hasil pantauan kamera litar tertutup CCTV di tempat kejadian mendapati dua suspek telah mencuri kereta Rozita Che Wan jenis Toyota Vellfire warna hitam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, dua suspek tersebut telah merempuh palang parkir sebelum melarikan kenderaan tersebut.

"Melalui rakaman CCTV kami dapati terdapat dua suspek mencuri kereta Vellfire itu kira-kira pukul 4 pagi semalam.





"Suspek yang membawa kenderaan tersebut telah melanggar palang parkir tetapi menerusi rakaman tersebut wajah suspek kurang jelas. Namun kami sedaya upaya mengenal pasti suspek yang terlibat," jelasnya berhubung perkara itu.

Dalam pada masa yang sama, ACP Azlin turut meminta bantuan orang ramai yang mengetahui sebarang maklumat mengenai kereta dengan nombor pendaftaran WWQ 93 supaya tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Selain kehilangan kereta yang dianggarkan bernilai RM200,000, beberapa barang berharga seperti beg tangan dan kasut turut dilarikan.

Terdahulu, kereta Che Ta itu dilaporkan telah hilang ketika diparkir di kawasan kediaman beliau di USJ Subang. Perkara tersebut telah disahkan oleh pengurusnya sendiri, Afiq Wahab sejurus selepas Che Ta menyedari kehilangan keretanya. Bagaimanapun Che Ta selepas itu terus membuat laporan polis berkenaan kejadian malang yang berlaku terhadapnya itu.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: