09 August 2016

FATTAH AMIN & SHERRY IBRAHIM KINI KEMBALI SOLO



"Sebenarnya hubungan kami sudah lama renggang. Bagaimanapun kami berpisah secara baik. Hingga kini kami masih berkawan tambahan pula kami berada di bawah pengurusan sama," demikian kata Fattah Amin yang mengesahkan dirinya dan Sherry Ibrahim kini sudah putus cinta selepas dua tahun menyulam cinta.

Menurut Fattah, beliau dan Sherry telah sepakat berpisah selepas tidak mampu menyelamatkan hubungan yang bergelora sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Apabila ditanya mengenai punca perpisahan, Fattah bagaimanapun enggan mendedahkan perkara yang dirasakan terlalu peribadi dengan umum.





Katanya, segala yang berlaku atau punca di sebalik perpisahan biarlah hanya diketahui mereka saja apatah lagi soal jodoh adalah di luar kemampuan manusia.

"Saya anggap sudah bukan jodoh kami untuk melangkah ke fasa seterusnya. Soal kami berpisah terlalu peribadi untuk dikongsi. Kami juga pernah berbincang dan berusaha menyelamatkan hubungan ini.

"Namun kami tiada jodoh dan perlu reda berdepan situasi ini. Siapa pula kita untuk menolak ketentuan Ilahi," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Terdahulu, kedua-dua pelakon ini bijak menyembunyikan kisah putus cinta daripada pengetahuan ramai ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat pengurusan mereka, Myfastyle, baru-baru ini.

Biarpun dilihat bagai ada yang tidak kena selain melayan tetamu seperti biasa, mereka bijak menyembunyikan kedukaan hingga tiada rakan atau media menghidu perkara itu.

Tambahan pula, Sherry juga tiba agak lewat ke majlis yang berlangsung di restoran makanan Jepun di Hotel Sunway Putra itu berikutan terpaksa menghadiri acara lain terlebih dulu.



Sementara itu, Fattah berharap bekas kekasihnya terus maju dalam setiap lapangan diceburi selain menitipkan sokongan di atas pelancaran single baharu Sherry yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

"Bagi saya Sherry seorang wanita yang baik. Saya tidak pernah putus berdoa supaya dia terus sukses dalam perjuangan seni dan kehidupannya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun usaha menghubungi Sherry tidak berjaya kerana difahamkan pelakon itu sedang bercuti di luar negara.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: