09 August 2016

KERETA VELLFIRE KENA CURI - CHE TA BUAT LAPORAN POLIS



Malang tak berbau!

Demikian yang menimpa pelakon dan pengacara popular, Rozita Che Wan apabila kenderaan miliknya jenis 'Toyota Vellfire' warna hitam dengan no pendaftaran 'WWQ 93' telah dicuri awal pagi tadi di kediamannya di USJ Subang.

Berita kehilangan kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta Che Ta itu disahkan oleh pengurus beliau, Afeeq Abdul Wahab.





Pengurusnya, Afiq memberitahu, Che Ta menyedari kejadian berkenaan apabila dia hendak keluar dari rumahnya hari ini.

"Che Ta dan Zain tidak dapat dihubungi buat masa ini kerana sibuk menguruskan hal kecurian itu. Laporan kepada pihak pengurusan pangsapuri dibuat kerana kenderaan itu hilang di dalam kawasan tempat tinggal mereka.

"Kereta Vellfire berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WWQ93 itu diparkir sejak malam tadi di kawasan kediaman mereka di USJ Subang dan pagi tadi ketika hendak keluar kereta berkenaan disedari hilang.



"Kedua-duanya menyedari kehilangan kereta Vellfire itu kira-kira jam 10 pagi tadi selepas mendapati ia tiada di tempat letak kereta yang dikhaskan buat mereka.

"Saya difahamkan laporan polis akan dilakukan sebaik urusan dengan pihak pengurusan pangsapuri selesai. Kami berharap saksi atau sesiapa yang mengetahui dalang di sebalik kejadian ini dapat tampil," jelasnya.

Menurut Afiq lagi, kereta itu dipandu dan diletakkan sendiri oleh suami Che Ta, Zain Saidin selepas pulang dari menghadiri sidang media satu acara semalam.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Kebetulan semalam Zain yang memandu kenderaan itu. Jadi memang pasti ia diletakkan di kawasan yang betul.

"Saya tidak boleh cakap apa punca atau perilaku jenayah. Sebab mereka sekarang masih berada di pejabat pengurusan kediaman," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Afeef turut meminta mereka yang ternampak kenderaan bernombor pendaftaran WWQ 93 itu boleh menghubungi 012-6160949.

"Dia minta agar orang ramai dapat viralkan perkara ini dan bantu mencari kereta berkenaan," katanya.

Kereta berkenaan yang dianggarkan berharga lebih RM200,000 itu sudah digunakan Che Ta sejak 3 tahun lalu.


Sumber: Berita Harian, mStar & Harian Metro
Foto: Che Ta IG


         ________________________





No comments: