09 August 2016

BERTEMU SEMULA - SAHARUL RIDZWAN PILIH BERCINTA SELEPAS KAHWIN



Pelakon Saharul Ridzwan, 27, mengesahkan bahawa dirinya bakal menamatkan bujang bersama pilihan hati, Qaabila Deena Amir dalam satu sidang media yang diadakan di Bangsar semalam.

Saharul bagaimanapun menafikan wanita bakal dinikahinya itu ialah bekas kekasihnya seperti yang didakwa sebelum ini.

Menurut Saharul, bakal isteri itu hanyalah kawan rapat yang dikenali empat tahun lalu sebelum masing-masing haluan sendiri.





Katanya, meskipun mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain dan pernah membawa haluan masing-masing untuk seketika, beliau dan Deena tidak pernah melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan bercinta pada waktu berkenaan. Mereka sekadar teman rapat sahaja.

Namun, kasih sayang yang lebih mula timbul apabila mereka bertemu semula dan merasakan wujud juga keserasian antara mereka.

"Ketika perkenalan berlangsung, kami hanya berkawan rapat. Tak adalah sampai tahap bercinta. Lagipun, waktu itu kami masih muda.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Selepas kembali bertemu Januari lalu, barulah kami dapat rasakan ada keserasian lalu membuat keputusan untuk berkahwin. Hubungan kami sekarang pun bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Kami tidak pernah pun melafazkan ungkapan cinta," jelasnya.

Menurut pelakon drama bersiri 'Seindah Takdir Cinta' ini, beliau dan pasangannya lebih selesa memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

"Kami berjumpa selepas masing-masing dalam fasa matang. Biarlah cinta datang kemudian kerana apa yang lebih penting buat kami adalah tanggungjawab itu sendiri," ujar dipetik sebagai berkata.

Saharul dan pemilik butik berusia 28 tahun itu akan diijabkabulkan pada 16 September depan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, manakala majlis resepsi pula bakal berlangsung pada hari sama di Dewan Seri Siantan, Presint 3.




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: