30 August 2016

"TAK BERDENDAM TAPI PERBUATANNYA BELUM BOLEH DIMAAFKAN " - ALONG CHAM



Semalam pelakon dan pelawak Along Cham telah menceraikan Zila Saeron (AF4) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, selepas dihimpit pelbagai kontroversi mengenai rumah tangga mereka.

Keputusan untuk berpisah itu dibuat oleh Along selepas Zila dikatakan telah ditangkap khalwat disebuah apartment bersama kekasihnya baru-baru ini.

Sepanjang tempoh mereka tinggal berasingan, Zila mengeluarkan pelbagai kenyataan yang semuanya seakan menunjukkan Along sebagai suami yang jahat. Malah, kerana itu Along sering menerima pelbagai komen negatif dan cacian daripada masyarakat.





Namun, sejak kebenaran mula terbongkar, barulah masyarakat kini boleh menilai siapa yang betul dan siapa yang salah.

Mengakui terpaksa melalui tempoh tersebut, Along berharap agar bekas isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.

"Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang bukak semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri," jelas Along kepada media selain menegaskan bahawa Zila perlu memohon maaf kepada ibu bapa pelakon dan pelawak ini.

Berbicara mengenai perkara berkenaan, Along berkata beliau tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Zila tetapi beliau tidak boleh memaafkan perbuatan bekas isterinya itu buat masa ini.

"Jika saya berdendam, sudah buka segala-galanya apa yang berlaku sejak empat bulan lalu. Tetapi untuk memaafkan perbuatannya, bukan sekarang kerana bagi saya terlalu berat apa yang dilakukan terhadap saya termasuk ibu bapa saya sendiri," katanya.



Along menerusi peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie memfailkan permohonan cerai semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Hak penjagaan kekal buat anak mereka Ahmad Danial diberikan kepada Along dan Zila boleh melawat anaknya selama dua hari dalam sebulan.

Untuk rekod, Along dan Zila berkahwin pada 23 Januari 2010 di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan.


Sumber: Utusan Malaysia & mStar



         ________________________





No comments: