18 August 2016

"TAK BOLEH DIHARAP, MACAM SAMPAH" - CHE TA KESAL DENGAN PENGURUSAN KONDO



"Pengurusan kondominium di kediaman saya itu memang tidak boleh diharap dan saya anggap mereka seperti 'sampah'. Saya bayar bil perkhidmatan setiap bulan tetapi keselamatan penghuni tetap tidak terjamin," demikian kata Rozita Che Wan, 43, yang meluahkan rasa terkilan dan tidak berpuas hatinya dengan pihak pengurusan kondominium kediamannya terhadap kehilangan keretanya yang hilang dalam kawasan perumahan.

Tambahnya, sehingga kini belum ada perkembangan terbaru tentang kenderaannya itu kerana pihak polis masih menjalankan siasatan. Bagaimanapun dalam masa yang sama, Che Ta juga tidak menolak kemungkinan untuk membeli kenderaan baru.

"Saya tak tahulah, tapi peluang untuk kereta itu ditemui semula macam tipis sahaja. Sebelum ini saya dengar orang yang kehilangan kereta, jarang yang berjaya dapatkannya semula”





"Bukan sedikit duit yang perlu dikeluarkan untuk membeli kereta baru. Namun saya tetap kena beli kereta yang besar juga untuk kemudahan ke tempat kerja. Buat masa ini saya belum putuskan untuk membeli kereta jenama apa kerana keselamatan belum tentu terjamin kalau pakai kereta yang mahal sekalipun," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kehilangan kereta 'Toyota Vellfire' warna hitam dengan no pendaftaran 'WWQ 93' milik Che Ta dipercayai dicuri di kediamannya di Subang USJ.

Di samping itu, sempena sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Effendy yang ke-20, Che Ta sekeluarga bakal meraikannya di destinasi pelancongan terkemuka dunia iaitu Santorini, Greece.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Lokasi itu adalah pilihan Ammar sendiri untuk meraikan hari lahirnya kali ini. Selepas penat bekerja dan sibuk mengembangkan perniagaan sedia ada, percutian ke luar negara adalah untuk berehat bersama keluarga.

"Kami sekeluarga akan berangkat ke sana pada penghujung bulan depan. Sebelum itu, kami sekeluarga akan bercuti ke Sydney, Australia awal bulan depan," katanya.

Ditanya mengenai hadiah hari lahir pula, Che Ta berkata, dia juga ada kejutan buat anaknya itu.

"Jika tahun lalu, saya menghadiahkannya jam tangan mewah, kali ini saya belum memberitahunya lagi," tuturnya.




Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: