19 August 2016

YASMIN HANI HAMIL ANAK KEDUA



Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Yasmin Hani, 37, yang kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah lima bulan.

Menurut Yasmin, dia dan suami memang merancang untuk menimang anak kedua selepas anak sulung mereka, Noah Ismail Wong yang berusia tiga tahun.

"Alhamdulillah, impian kami untuk menambah zuriat tahun ini tercapai. Kami merancang anak kedua ini kerana Noah semakin membesar dan senang untuk dijaga.





"Doakan semoga semuanya berjalan lancar. Saya bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk seperti wanita lain," katanya yang turut mengidam makanan-makanan ‘pelik’ namun enggan memaklumkannya.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, dia sengaja tidak menghebahkan berita gembira itu awal-awal kerana mahu memastikan anak dalam kandungan benar-benar selamat.

"Bagi saya, apabila usia kandungan sudah mencecah empat bulan ke atas barulah saya sedia untuk berkongsi. Lagipun saya tidak mahu sorok berita baik ini terlalu lama," jelasnya yang bersalin hujung tahun ini.





___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________




Sumber: Harian Metro
Foto: Yasmin Hani IG


         ________________________





No comments: