20 August 2016

YA, SAYA DAH CERAI - ALLY ISKANDAR



"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin," demikian kata Ally Iskandar yang akhirnya mengakui telah bercerai talak satu dengan Farah Lee pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun, personaliti TV3 itu meminta maaf kerana sebelum ini mengelak daripada media yang menghubunginya.





Tambahnya, lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

"Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.



"Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respons secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Facebooknya.

Jelas Ally lagi, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan dengan Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, namun hubungan mereka masih kekal baik.

“Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.



“Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik.

“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya.



Untuk makluman, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

Myartis merupakan media pertama yang membongkar rahsia percintaan mereka pada 2011.

IMBASAN KISAH ALLY & FARAH:
:: ALLY ISKANDAR MERISIK GADIS TERENGGANU??
:: ZIZAN ABANG ANGKAT SAYA - FARAH LEE
:: FARAH LEE - LEBIH BAIK BERDIAM DIRI
:: GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE JADI 'MAKCIK'
:: GAMBAR SANA SINI - FARAH LEE MULA 'BERNIQAB'?
:: 10 SIFAT CALON SUAMI BAGI PANDANGAN FARAH LEE
:: FARAH LEE AJAK BOIKOT MCDONALD PULA
:: ALLY ISKANDAR & FARAH LEE KAHWIN JANUARI 2012?
:: BAKAL KAHWIN - FARAH LEE 'SERIKAN' WAJAH?
:: ISU KAHWIN - AKHIRNYA FARAH LEE MENGAKU..!
:: FARAH CINTAI ALLY ISKANDAR KERANA 'MATANG'
:: ALLY DAN FARAH NIKAH DI MASJID KRISTAL
:: ALLY DAN FARAH SAH SUAMI ISTERI
:: LAGI GAMBAR-GAMBAR PERNIKAHAN ALLY & FARAH
:: LAGI 10 GAMBAR PERKAHWINAN ALLY & FARAH PART 3
:: GAMBAR ALLY & FARAH - DARI AWAL HINGGA AKHIR (UPDATE)
:: 8 GAMBAR - HARI GRADUATION FARAH LEE DI KOREA
:: GUGUR PADA 2013 - AKHIRNYA FARAH LEE HAMIL ANAK KEDUA
:: GAMBAR - ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE
:: 13 GAMBAR - 'MAREAM ESABEL' NAMA ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE




         ________________________





No comments: