08 January 2012

BAKAL KAHWIN - FARAH LEE 'SERIKAN' WAJAH?


Farah Lee, gadis yang didakwa bakal berkahwin dengan Pengacara TV3, Ally Iskandar pada 20 januari ini difahamkan sudah mula mengunjungi beauty salon untuk 'seri' wajah. Antara salon yang dikunjungi oleh gadis berusia 22 tahun ini ialah salon di Galaxy Ampang milik sepupunya.

"Girls day out... Memanjakan wajah at my cousin's beauty salon (galaxy ampang) with doctor cousin yang bakal ehem ehemm," ujar Farah berseloroh.

Suasana salon di mana Farah 'memanjakan diri'
Klik untuk imej besar...




Mungkinkah maksud 'ehem ehem' yang dikatakannya itu turut memberi makna yang dirinya juga akan mengakhiri zaman bujang?

Bagaimanapun, dalam soal perkahwinan... nampaknya Farah lebih gemar berdiam diri meskipun di facebooknya sudah ramai yang memberi ucapan selamat. Ia sekaligus seolah-olah 'mengiyakan' semua gosip tersebut sebagaimana gosip 'merisik' yang digembar-gemburkan beberapa bulan lalu.

"Segala ucapan pujian dan terima kasih hendaklah dikembalikan kepada Allah. DIA lah yang selayaknya. Tanpa DIA siapalah kita," ujar Farah yang masih mahu ramai pihak berteka-teki.



Kesimpulannya dalam kes perkahwinan Farah ini, beliau mungkin merupakan seorang gadis yang pemalu dan amanah dalam cinta. Kerana malu itu lambang keimanan dan malu itu membawa ke syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Malu itu datangnya dari iman dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa ke neraka” (HR Bukhari). Allahualam...

Ally dan Farah - bakal bina mahligai bahagia?


No comments: