08 January 2012

ULAR SIHIR 'TERJAH' RUMAH AZWAN ALI


Macam tak percaya je dakwaan Azwan Ali yang dirinya telah disihir oleh dua orang artis yang pernah menyertai satu rancangan realiti lawak. Dakwa Azwan yang sememangnya 'gah' dengan pelbagai kontroversi itu, rumahnya telah di'kunjungi' oleh ular berbisa yang cukup panjang dari bahagian dapur.

"Bila saya pukul ular tu hingga hancur, selang beberapa hari kemudian saya jatuh sakit dan rasa bisa-bisa seluruh badan. Melalui sembahyang hajat, angkara sihir itu terbukti dilakukan oleh dua artis tersebut," ujar Azwan melalui rancangan Melodi TV3.





Dalam temubual itu juga, Azwan turut melahar seorang peserta program realiti lawak yang mendakwanya menjadi ‘batu api’ bagi mempengaruhi juri. Kata Azwan, meskipun keturunan pelawak tersebut memang terror dalam melawak, namun ia tidak semestinya diwarisi oleh peserta tersebut.

Buktinya dakwa Azwan, ramai pihak yang mendakwa lawak peserta tersebut tidak menarik dan ada juga mengatakan sebagai lawak bodoh!

Dan beberapa minit selepas Melodi melabuhkan tirainya, Azwan kemudian menyambung perbahasan tentang isu itu di Twitternya. Wahhh... kelass kau Azawnnnn!!

Klik untuk baca...


No comments: