07 September 2016

10 SEPTEMBER INI - AIN AF8 NIKAHI DUDA



Selain pasangan Nazim Othman dan Bella Dally yang akan berkahwin pada 10 September ini di Kota Kinabalu, Sabah, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-8, Ain turut mengakhiri zaman bujangnya pada tarikh itu bersama lelaki pilihan, Najib Ali.

Difahamkan, majlis pernikahannya bersama duda beranak dua itu akan dilangsungkan di sebuah hotel di Tuaran, Sabah, selepas Asar. Manakala bagi majlis resepsi pula akan diadakan di Bukit Damansara pada 18 September depan.





Pada majlis terbabit, Ain atau nama sebenarnya Nadiawati Ainul Basir buat julung kali akan turut memperdengarkan lagu terbaharu ciptaannya yang belum berjudul, sebagai hadiah untuk bakal suami.

"Lagu itu menjadi single ketiga saya. Ia ditulis sendiri oleh saya pada 2010, ketika menyertai AF8. Lirik lagu itu asalnya lebih berkisar pada kesedihan emosi.

"Bagaimanapun, apabila ia hendak dijadikan hadiah buat bakal suami, saya menukar liriknya supaya lebih sesuai dengan situasi. Lagu itu kini bercerita mengenai penghargaan terhadap lelaki yang hadir dalam hidup kita dan bagaimana kita menghargainya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Lagu berentak balada itu turut mendapat sentuhan Faizul Sany (AF2013) dari segi susunan muzik. Jadi, selepas selesai majlis perkahwinan nanti, saya akan mula mempromosikan lagu terbabit," ujar Ain yang bertunang pada November 2014.

Mengenai majlis perkahwinannya nanti, Ain memberitahu, sehingga kini persiapan sudah pun hampir sempurna.

"Sepatutnya saya berkahwin pada tahun lalu, tetapi biasalah, kita hanya merancang tetapi Tuhan juga yang menentukannya. Majlis perkahwinan kami nanti pun diadakan secara sederhana saja," katanya yang pulang ke Sabah sejak bulan lalu bagi melakukan persiapan akhir.













         ________________________





No comments: