07 September 2016

SERING DITANYA SOAL ANAK - HAFIZ SUIP AKUI TERTEKAN



Hafiz Suip juga nampaknya tidak dapat lari daripada menjawab soalan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga iaitu berkaitan cahaya mata.

Kata Hafiz, kedua-dua belah pihak keluarganya yang sering bertanya perkara berkenaan kadang-kala membuatkannya tertekan.





"Biasalah sudah kahwin bila nak ada anak, ibu bapa saya pun asyik bertanya dan ingin cucu segera tapi setakat ini belum ada rezeki lagi. Insya-Allah, doakan yang terbaik kerana saya memang nak anak cepat," ujarnya dipetik sebagai berkata

Sementara itu, ketika ini Hafiz juga masih tinggal bersama keluarga mertua selepas mendirikan rumah tangga. Kata Hafiz, apa yang dilakukannya ketika ini adalah untuk memberi ruang kepada isterinya agar benar-benar bersedia sebelum mereka tinggal bersama.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Sekarang saya tinggal dengan keluarga mertua untuk bagi masa dan ruang kepada isteri agar benar-benar bersedia sebelum kami tinggal berasingan.

"Saya ada rancang untuk duduk sendiri lepas kahwin, tapi saya kena faham juga dia agak rapat dengan ibunya. InsyaAllah bagi masa dia tinggal dengan keluarga setahun sebelum kami berpindah ke rumah sendiri," katanya.








Sumber: mStar


         ________________________





No comments: