07 September 2016

BERSALIN NOVEMBER INI - IESYA TOH RASA GEMENTAR



"Saya berharap agar segala proses nanti berjalan dengan lancar dan dapat bersalin secara normal. Lebih-lebih lagi saat ini viral dengan cerita virus zika," kata pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh yang mengakui agak gementar kerana bimbang akan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Pun begitu, Iesya yang kini hamil tujuh bulan dan dijangka bersalin anak lelaki penghujung November depan berkata, dia akan berserah segala ketentuan kepada yang Maha Esa.





"Tapi saya selalu berdoa, mengaji dan berzikir, InsyaAllah," ujarnya yang ditemui media ketika mengacarakan majlis pelancaran payung 'Pacak Payung' oleh Padi Academy.

Mengulas lanjut, personaliti RTM itu memberitahu, dia juga tidak mengalami sebarang alahan sejak hamil sehingga kini.

"Alhamdulillah dari awal kehamilan saya sampailah sekarang saya tidak alami sebarang alahan ataupun 'morning sickness'," jelasnya ringkas.

Untuk rekod Iesya dan suami Huzairee Muhamad selamat disatukan pada awal Mei 2015.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________













Sumber: Media Hiburan


         ________________________





No comments: