07 September 2016

GARA-GARA CUAI - ANAK AZHARINA JADI MANGSA



Gara-gara pengasuh sibuk mahu menonton sinetron di YouTube, anak lelaki penyanyi Azharina telah menjadi mangsa kecuaiannya.

Atas kecuaian itu, anak kesayangannya Azharina telah mengalami kecederaan yang agak parah apabila tangan kiri itu tersepit di pintu dapur.

Ketika kejadian menurut Azharina, ketika itu dia sedang sibuk memasak di dapur basah belakang rumah bersama rakan niaga, tidak lama itu dia terkejut apabila mendengar anak lelakinya yang masih kecil tiba-tiba menangis kesakitan dari arah dapur kering.





"Saya terdengar jeritan dan cuba untuk melihat apa yang sedang berlaku, tengok-tengok pintu dapur kering sudah ditutup dan lampu bilik juga turut dimatikan. Saya berasa hairan, takkanlah waktu Maghrib pengasuh saya mahu tidurkan anak saya?

"Pengasuh Rahmat agak cuai sebab sibuk mahu menonton sinetron di YouTube. Akibat kecuaian yang terjadi telah menyebabkan tangan kiri anak saya tersepit di pintu dapur sehingga mengakibatkan isi kulit jari melekat di pintu.

"Selepas lampu yang dipadam pengasuh dibuka semula, saya terduduk apabila nampak darah bersemburan di atas lantai dapur dan di dinding begitu banyak," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Selepas kejadian itu, Azharina bergegas ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan anaknya.

"Tanpa berfikir panjang saya angkat anak saya dan bawa terus ke hospital Colombia. Menurut doktor, isi jari di tulang jari telunjuk hancur.

"Semalam doktor dah cuba sambungkan semula dan keputusan tengok macam mana. Kuku jari pun hancur dan kemungkinan takkan tumbuh lagi," ujarnya yang sangat bersedih dengan kejadian ini.







         ________________________





No comments: