07 September 2016

BILA ERRA FAZIRA BERI 'SURPRISE' PADA SHAHIR AF



Masihkah anda ingat dengan 'statement' Erra Fazira baru-baru ini yang mendakwa hanya 'sekadar kawan' dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasi musim ke-8, Shahir Zawawi, 28?

Artikel terdahulu:
Terkini, Erra secara tiba-tiba telah memuat naik gambar Shahir dengan matanya disensor sambil mengucapkan 'selamat ulang tahun' kepada pemuda itu. Tindakan Erra bukan hanya membuka kembali 'gosip cintanya', malah membuat ramai pihak menuduh Erra selama ini sekadar 'propa' apabila mengatakan tiada hubungan dengan Shahir.





"CAKKKK!!! A surprise for u dear! jangan marah! Jangan tipilanjat!! . SELAMAT ULANG TAHUN!! Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu.. Moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kerana banyak menyumbang positive vibes into my life.. wishing you happiness and may this year bring you endless joy and tons of precious memories," tulis Erra dilaman Instagramnya.

Waahhh... main cakkk cakkk pula Erra ni. Malah ayat "Terima kasih kerana banyak menyumbang positive vibes into my life." membuat kami garu kepala memikirkan maksudnya. Heh.


Foto: Erra IG



         ________________________





No comments: