10 September 2016

12 GAMBAR - SEKALI LAFAZ, NAZIM OTHMAN KINI SUAMI BELLA DALLY



Pada jam 9.53 pagi tadi, pelakon Nazim Othman, 32, dan Bella Dally, 25, telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang diadakan secara tertutup di Hotel Promanade.

Berlangsung dalam suasana sederhana, majlis tersebut hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.





Dalam majlis yang dikendalikan Pegawai Agama Istana Negeri Sabah merangkap jurunikah, Imbran Angun itu menyaksikan pasangan ini mengenakan busana pernikahan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini Creation.

Pasangan mempelai juga saling memberi dan berbalas hantaran iaitu tujuh daripada pihak Nazim, manakala sembilan daripada Bella, antaranya cincin pernikahan, senaskah al-Quran, sejadah dan set mandian. Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally turut menerima mas kahwin sebanyak RM300.



Pasangan raja sehari itu dijadual melangsungkan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan pada tengah hari ini.

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman dan Bella mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu selepas berkawan rapat sejak tahun 2013.





___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________




















         ________________________





No comments: