02 September 2016

4 GAMBAR - WAJAH COMEL BABY BOY REZA HASBI



Menimang cahaya mata lelaki pada 13 Ogos lalu, pelakon Reza Hasbi dan isterinya, Rosedarlila telah menamakannya dengan nama Muhammad Rifqi Danial.

Apa yang menariknya, rupanya pasangan ini sudah pun menyenaraikan beberapa nama perempuan dan lelaki sejak mereka di bangku sekolah lagi.





"Alhamdulillah sudah jadi ayah ini tak tahu nak cakap macam mana fasal perasaan itu. Kerana pengalaman berbeza, rasa 'sweet' sangat malah hati terasa berbunga-bunga. Asyik fikirkan tentang anak sahaja.

"Dua ke tiga pagi memang akan berjaga sebab anak bangun. Jadi pengalaman seperti itu adalah normal sebagai seorang yang bergelar ayah. Namun begitu, alhamdulillah nak masuk minggu ketiga ini anak pun baik-baik sudah tidak meragam pada waktu malam.



"Fasal nama anak kami ambil keputusan bersama untuk menamakan Muhammad Rifqi Danial yang membawa maskud kelembutan, manakal Danial itu diambil sempena nama nabi. Sebenarnya nama itu memang sudah ada sejak kami bersekolah lagi. Itu antara nama yang ada dalam senarai nama anak," jelas Reza.

Wah hebatnya pasangan ini, nama anak sudah ada sejak zaman sekolah lagi. Semoga jodoh terus kekal hingga akhir hayat. Semoga Reza menjadi ayah yang dapat membentuk anak menjadi anak yang soleh.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________





Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: