03 September 2016

TUDUHAN CEDERAKAN GUNA BESI - LYDIAWATI KEMUKA REPRESENTASI KAJI SEMULA



Didakwa mencederakan seorang wanita menggunakan besi, pelakon popular tahun 80-an, Lydiawati telah mengemukakan representasi ke Jabatan Peguam Negara agar pertuduhan ke atasnya dikaji semula.

Peguam Fatimah Zahrah Ramli yang mewakili Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon, 51, memaklumkan perkara itu ketika kes berkenaan disebut di Mahkamah Majistret Ampang semalam.





Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan surat representasi kepada pihak pendakwaan dan Majistret Haslinda A. Raof menetapkan 13 Okt bagi mengetahui keputusan representasi itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim.

Pada 16 Mei lepas, Lydiawati yang terkenal menerusi filem 'Suami, Isteri dan ...', mengaku tidak bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, seorang peniaga warga Brunei dengan memukulnya menggunakan besi.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Ibu tunggal dua anak itu didakwa melakukan kesalahan itu di Hotel Safari 2, Lot 52 Jalan Mamanda 9, Ampang di sini, pada 6.30 petang, 24 Mac lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Mac lepas, Lydiawati telah memuat naik dua video menunjukkan dirinya memukul seorang wanita di akaun Facebook miliknya sehingga menjadi viral.


Sumber: BERNAMA



         ________________________





No comments: