15 September 2016

5 TAHUN MENJANDA - SAIDA TARUDIN BAKAL KAHWIN LAGI



Saida Tarudin, 40, mengesahkan yang dia bakal berkahwin lagi dengan lelaki yang dikenali sebagai Apit, hujung tahun ini selepas lima tahun bergelar janda.

Bagaimanapun, kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza itu berkata, dia belum bersedia berkongsi tarikh majlis pernikahan kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu.





"Betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi cuma belum boleh maklumkan tarikh. Jika sudah ada kepastian, saya akan kongsi dengan semua.

"Bagi saya perkara baik sebegini tidak salah diuar-uarkan. Jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berharap segala yang dirancang berjalan lancar," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Tambah Saida, perhubungannya dengan pemuda tersebut yang terjalin hampir empat tahun itu pernah putus sebelum ini. Namun, berkat kesungguhan yang ditunjukkan jejaka berkenaan membuatkan cinta mereka kembali bertaut.

"Pada mulanya, agak susah tetapi sebagai ibu saya perlu menjelaskan kepada mereka. Saya selalu bercakap mengenai perkara ini supaya mereka lebih faham.



"Namun anak-anak tidak pernah menghalang jika saya mahu berkahwin lagi. Lagi pun mereka sudah dewasa, jadi sedikit sebanyak sudah mengerti," jelasnya lagi mengenai penerimaan anak-anaknya.

Untuk makluman, Saida mempunyai empat cahaya mata iaitu Siti Nuruunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10, hasil perkahwinannya selama 15 tahun dengan bekas suami, Mohd Ghazali Yahya Zikri.


Sumber: Harian Metro - Foto: Saida IG



         ________________________





No comments: