27 September 2016

ALMY NADIA SELAMAT BERSALIN ANAK KEDUA



Alhamdulillah! Tahniah kami ucapkan buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia atas kelahiran bayi kedua mereka sekitar jam 9 malam semalam.

Berita gembira ini dikongsikan oleh Fizz menerusi laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar isterinya sedang mendukung bayi kedua mereka.





"Alhamdulilah... isteri saya Almy Nadia telah selamat melahirkan anak kedua kami pukul 9.6pm tadi.... amin. doa yang baik-baik ye...heheheh," maklum Fizz di IGnya.

Bagaimanapun, Fizz tidak mendedahkan jantina serta wajah penuh bayi kedua mereka kepada umum lagi.

Rata-rata peminat juga teruja dan gembira dengan kelahiran bayi kedua mereka, ramai yang tidak henti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan kesejahteraan mereka.



Sebelum ini, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Afrina Arianna yang kini berusia setahun. Dalam pada itu, pasangan ini juga mempunyai anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, 7 tahun.

Semoga kehadiran cahaya mata baru ini akan memurahkan lagi rezeki dan menambahkan sinar kebahagiaan dalam hidup mereka sekeluarga.


Sumber: Fizz Fairuz IG


         ________________________





No comments: