19 September 2016

ANUAR ZAIN KINI PUNYAI 'INSTAGRAM'



Setelah bertahun-tahun menghindar diri daripada teknologi internet, terkini penyanyi Anuar Zain akhirnya akur dengan kekuatan laman sosial apabila mula membuka akaun Instagramnya.

"Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.





"Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana ramai rupa-rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya," ujar Anuar ketika ditemui media di sidang media pelancaran album terbaharunya berjudul 'Anuar Zain' di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, hari ini (Isnin).

"Kalau nak ikutkan tentang kritikan saya sudah biasa, kadang-kadang tengah jalan pun orang cakap saya perasan handsome.



"Saya tidak kisah, kalau negatif saya tidak akan ambil peduli," ujarnya bila ditanya mengenai kritikan laman sosial daripada haters.

Selain Instagram, Anuar juga mempunyai akaun Twitter dan Facebook melalui Anuar Zain Network yang kini sudah mencecah hampir 191,000 like.

Terdahulu, album Anuar Zain yang dilancarkan itu memuatkan lapan buah lagu iaitu Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.


Foto: Anuar Zain FB & IG



         ________________________





No comments: