19 September 2016

FARHAN AF4 BAKAL BERGELAR IBU



Tahniah diucapkan buat bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4, Farhan Azizan, 32, yang bakal menimang cahaya mata apabila dia disahkan hamil sekali lagi selepas kehamilan pertamanya mengalami keguguran sebulan sebelum menyambut Ramadan baru-baru ini.

"Sebenarnya saya tidak menyedari diri hamil kali pertama sehinggalah mengalami pendarahan. Apabila membuat pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengandung tetapi janin tidak dapat diselamatkan.





"Memang sedih sebab saya dan suami menanti dua tahun untuk mendapatkan anak. Selepas itu, saya hanya serahkan kepada rezeki.

"Alhamdulillah, tak sangka pula saya disahkan hamil sekali lagi pada sambutan Aidilfitri lalu. Apabila membuat pemeriksaan, doktor memaklumkan usia kandungan sudah mencecah dua bulan," katanya.

Menurut Farhan, dia tidak mengalami alahan yang teruk sebaliknya suaminya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 32, pula yang terkena alahan seperti berselera makan dan mengidam pelbagai jenis makanan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Sejak disahkan hamil, suami memang tidak membenarkan saya melakukan kerja-kerja berat. Tetapi dari segi kerjaya saya masih aktif menyanyi. Malah setiap minggu saya sibuk memenuhi undangan nyanyian.

"Cuma doktor menasihatkan saya supaya tidak terlalu kerap menaiki pesawat. Selain itu, ibu dan ibu mentua juga sentiasa memberikan nasihat supaya menjaga kandungan," ujarnya yang masih aktif menyanyi seperti biasa.

Farhan yang berkahwin dengan Ahmad Rashadan pada 10 Oktober 2014 itu dijangka bersalin pada Mac tahun depan dan tidak kisah mengenai jantina anak asal sahaja bayi yang dilahirkan kelak sihat dan sempurna.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: