04 September 2016

BERGELAR JUARA JOHAROCKSTAR - AMY SECARA RASMI JADI PELAJAR AF2016



Dengan bergelar juara di program pencarian bakat JoHaRockstar, anak didik kumpulan Estranged, Amy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 23, secara rasminya merupakan pelajar baru AF2016 yang akan diperkenalkan menerusi konsert AF minggu ketiga yang berlangsung malam nanti.

Amy yang menyampaikan lagu 'Tetap Dalam Jiwa' nyanyian asal Isyana Sarasvati pada konsert akhir program tersebut telah menewaskan empat peserta lain iaitu Fazila (Junior Kristal), Acap (Junior Hyperact), Mastura (Junior Khalifah) dan Phillies (Junior Projector Band).





Mengulas mengenai kemenangannya, Amy berkata dia tidak sabar untuk menjalani sesi pembelajaran di Akademi Fantasia.

"Minat dan bakat muzik saya bermula sejak berumur 12 tahun lagi. Sehingga kini saya berusaha mencari platform terbaik untuk memperkembangkan bakat saya.

"Saya yakin bakat saya dalam bidang muzik dapat diasah dengan cemerlang di Akademi Fantasia lebih-lebih lagi dengan bantuan tenaga pengajar yang profesional.

"Sudah pasti saya akan dapat tahu dan terima lebih banyak ilmu berbanding sebelum ini di mana saya hanya belajar sendiri," ujarnya dipetik sebagai berkata.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Dalam pada itu Amy juga berterima kasih kepada Estranged kerana tidak jemu membantunya sehingga bergelar juara.

"Waktu final memang saya kena bersedia dari segi mental dan fizikal. Semua perkara diambil kira termasuklah mutu suara dan juga persembahan. Pengalaman saya sebagai seorang busker yang aktif di Kota Kinabalu sedikit sebanyak membantu saya menyiapkan diri ke pentas final.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Estranged atas nasihat dan tips-tips yang diberikan kepada saya. Secara jujurnya perkara itu amat membantu dan segala ajaran yang diberikan oleh Estranged saya ambil dan ingat sampai bila-bila," katanya yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.










Sumber: Astro Gempak
Foto: ERA FM IG


         ________________________





No comments: