05 September 2016

MOHON PETUNJUK ALLAH, FARA FAUZANA BATAL KAHWIN



"Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

"Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi," ujar personaliti televisyen, Fara Fauzana (Fafau) yang sah membatalkan perkahwinannya pada 17 September ini.





Jelas Fafau, keputusan tersebut dibuatnya atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya selepas berbincang dengan keluarga, berfikir sedalam-dalamnya dan memohon petunjuk daripada Allah.

"Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti.



"Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media.

"Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Fafau atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, selanjutnya meminta diberi sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.



Dalam pada itu, pemuda yang sepatutnya berkahwin dengan Fara Fauzana pada 17 September ini, Mohamed Hafiz, akan membuat kenyataan berhubung pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio dan televisyen itu dalam masa terdekat.

Hafiz ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan media yang dikeluarkan Fara petang semalam.

"Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya.

 Dalam pada itu, Hafiz berkata, selama ini beliau tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.

Sebelum ini, identiti lelaki terbabit menjadi persoalan apabila Fara hanya memperkenalkannya dengan nama Hafiz, tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai dirinya.

Ia juga kenyataan pertama daripada pemuda itu, sejak Fara mengadakan sidang akhbar mengenai perancangan perkahwinan dirinya pada 1 Ogos lalu.



Sumber: BH - Foto: Fafau IG



         ________________________





No comments: