26 September 2016

DATUK SERI ADNAN MEMANG GATAL - AKUI DATIN RED



"Sekuat mane badai datang, kami still together, walaupun dia memang gatai nak berbini banyak cinta n kasih kami tak goyang, this is true love.

"25/09/05 -25/09/16. 11 tahun bersame Suke duke, susah senang,ketawe menangis, dia penghibur hati, dia suke menyakitkn hati, dia kawan, dia sahabat, dia tempat bergantung, dia tempat mengadu, bermanje dialah suami dunia akhirat," demikian kata Datin Red di laman IGnya.





Datin Red menulis begitu sempena ulang tahun perkahwinannya dengan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu semalam.

Untuk info, Datin Red bernikah dengan Adnan ketika usianya baru 19 tahun dan ketika itu suaminya hanya seorang pemandu lori sayur.

Nama Adnan yang popular selepas menikah kali kedua dengan Adira terus hangat apabila digosipkan keluar dating dengan pelakon baharu Ruhainies tidak lama dulu. Malah Adnan tanpa bersembunyi pernah menyatakan hasrat untuk menambah kuota isteri sekiranya berpeluang berbuat begitu.




Foto: Datin Red IG -- www.myartis.com



         ________________________





No comments: