08 September 2016

"DITAJA SEPENUHNYA, KAMI HANYA BAWA DIRI" - AMAR BAHARIN



Pasangan Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, yang bakal disatukan tidak lama lagi ini sangat beruntung apabila ada kelab peminat mereka di Singapura berhasrat untuk menaja sepenuhnya majlis perkahwinan mereka nanti yang turut akan diadakan di negara itu pada Disember depan.

"Perkara ini tidak ada dalam perancangan kami tetapi apabila wakil kelab peminat di sana menyatakan hasrat itu, saya sambut dengan hati terbuka. Malah saya sangat teruja.





"Istimewanya, majlis ini ditaja mereka sepenuhnya. Segala persiapan disediakan mereka, kami hanya bawa diri. Kata orang rezeki jangan ditolak," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai persiapan majlis perkahwinan mereka, Amar memaklumkan sudah 70 peratus siap dan selebihnya membabitkan beberapa perkara termasuklah pakaian Amar dan dekorasi.

Sambung Amar, majlis itu tidak mendapat tajaan penuh daripada mana-mana pihak sebaliknya perbelanjaan bersama.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Saya tak mahu tajaan penuh kerana tidak mahu terikat. Bukan apa, kami ada citarasa tersendiri. Majlis kami juga mendapat hak penyiaran eksklusif Astro. Jadi, saya berharap rakan media memahami situasi ini," katanya.

Majli pernikahan pasangan ini bakal diadakan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada 11 November ini dan diikuti majlis persandingan sebelah perempuan pada keesokan harinya.

Bagi Majlis resepsi pihak lelaki pula akan berlangsung di Bright Star Banquet Hall, Ampang pada 19 November depan.










Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: