07 September 2016

"SAYA TAK PERNAH KAHWIN" - BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA



Sebelum ini gempak mengenai bekas calon suami Fara Fauzana, Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, yang dikatakan sudahpun berkahwin dan keengganan Fara untuk menjadi isteri kedua punca perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada 17 September ini dibatalkan.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan oleh Hafiz apabila beliau tampil menjelaskan bahawa dirinya itu tidak pernah berkahwin seperti yang didakwa sebuah akhbar. Malah katanya, dia juga tidak pernah merahsiakan status dirinya kepada pengacara tersebut sejak mereka mula berkawan.





"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah berkahwin dan saya tidak pernah merahsiakan tentang status perkahwinan kepada Fara.

"Selain itu, status tersebut juga bukanlah punca perkahwinan tersebut dibatalkan. Jika hendak tahu tentang sebab sebenar anda perlu bertanya sendiri dengan Fara," jelasnya.

Pada Ahad lalu, Fara atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.



Kata bekas penyampai radio itu, keputusan tersebut dibuat atas sebab-sebab peribadi yang tidak boleh dikongsi olehnya.

Pada masa sama, Hafiz berkata, penerbitan dakwaan berbentuk fitnah tanpa mendapatkan pengesahan itu menyebabkan keaiban tidak dapat dipulihkan kepada nama baiknya dalam masyarakat serta komuniti perniagaan.

Katanya, ia juga menyebabkan tekanan emosi yang tidak sepatutnya dan kerugian kepada beliau serta ahli keluarga terdekat.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Saya juga ingin menyatakan ada beberapa perkara tidak tepat dan spekulasi yang dilaporkan oleh banyak media cetak dan media atas talian.

"Pertama, saya tidak menghadiri sidang media (bersama Fara) berdasarkan kepada persetujuan bersama dengan Fara.

"Ia dilakukan untuk melindungi privasi saya dan keluarga saya. "Satu lagi perkara tidak tepat ialah usia saya. Sebelum ini dilaporkan saya berusia 38 tahun dan ini tidak benar. Saya hanya berusia 30 tahun, tahun ini," katanya.

Jelasnya lagi, ada beberapa lagi perkara tidak tepat, sesetengahnya menjurus kepada fitnah, namun beliau tidak berhasrat untuk menyentuh perkara itu.



Sementara itu, Hafiz mengakui tertekan dengan apa yang berlaku dan berharap pihak media faham dengan situasi dihadapinya dan memberikan sedikit privasi kepadanya dan keluarga

"Saya minta maaf kepada yang terkesan dengan apa yang berlaku dan saya juga meminta agar pihak media menghormati privasi saya dan keluarga.

"Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan kami dan minta diberi ruang untuk diri kembali seperti biasa," ujarnya.

"Saya masih lagi cuba menenangkan diri daripada pembatalan perkahwinan saya sendiri. Ia sangat memberi kesan mendalam juga kepada saya," tuturnya.


Sumber: mStar & Berita Harian



         ________________________





No comments: