28 September 2016

ISTERI HAMIL ANAK KEDUA DICERAI PENGACARA POPULAR?



Ada satu dakwaan disampaikan oleh Miss K di portal Astro Gempak dimana sumber beliau memberitahu bahawa pengacara popular tanah air telah menceraikan isterinya ketika wanita tersebut sedang hamil anak kedua mereka.

Menurut sumber Miss K itu, berita kehamilan bekas isteri pengacara tersebut sengaja tidak didedahkan atas sebab-sebab tertentu.





"Kasihan isteri pengacara itu. Dia hamil ketika diceraikan. Tapi nak buat macam mana, mungkin jodoh mereka tidak panjang.

"Tidak tahu mengapa dia (pengacara) mahu merahsiakan tentang kehamilan tersebut. Mungkin tidak mahu dianggap kejam?," dakwa sumber Miss K itu.

Dakwanya lagi, orang sekeliling di tempat pengacara itu bekerja tahu tentang perkara tersebut tetapi masing-masing tidak berani buka mulut atau dalam erti kata lain mungkin malas mahu menjaga perihal peribadi lelaki itu.

Jika benar berita yang disampaikan sumber Miss K ini, harap-harap pengacara tersebut tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak yang bakal dilahirkan itu nanti.

Apa-apa pun, kami harap bekas isteri pengacara popular tersebut tabah menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal bersama anak perempuan mereka yang comel.


Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: