27 September 2016

DEDAH RAHSIA DI IG - ZARINA ANJOULIE KINI IBU TUNGGAL?



Rasanya baru sahaja Zarina Anjoulie mengecap kebahagiaan sebagai isteri dan baru-baru ini pula melahirkan anak sulungnya yang bernama Gabriel Martin Ezra. Tup tup terkini, tersebar pantas satu berita yang mendakwa pelakon itu sudah bercerai dengan suaminya iaitu seorang warganegara Brunei.

Lebih hangat, Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuat naik oleh Zarina menerusi Instagram miliknya membayangkan seolah dirinya sudah bergelar 'ibu tunggal'.

"Keep calm, I’m a single mom. I’ve got this," luahnya melalui sekeping gambar.



Namun, usaha beberapa media seperti Harian Metro untuk mendapatkan maklum balas daripada Zarina menerusi Whatsapp bagaimanapun tidak berhasil. Pelakon itu tidak memberi sebarang respond mengenai teka teki itu.

Lebih menguatkan gosip itu, menurut netizen... di Instagram milik suami Zarina, terdapat satu kenyataan yang dia juga sudah bergelar 'bapa tunggal' kepada tiga orang anak.



Persolannya, mungkinkah Zarina hanya sekadar bergurau atau mahu meraih publisiti melalui status terbarunya itu. Ini kerana, tiada kenyataan rasmi daripada mereka berdua setakat ini.

Bukan apa, rasa kasihan pula dengan Zarina yang kahwin senyap-senyap dan kemudian jadi 'ibu tunggal' senyap-senyap.

Moga mereka dapat menjelaskan pada kita apa yang berlaku sebenarnya. Jangan biarkan cerita ini terus diselubungi misteri. heh.





         ________________________





No comments: