13 September 2016

ISTERI HAZIQ AF4 SELAMAT BERSALIN



Hadiah istimewa buat bekas Akademi Fantasia musim Ke-4, Haziq Rosebi sempena sambutan Aidiladha apabila isterinya, Maisarah Mohd Sidki selamat melahirkan seorang anak lelaki pada pukul 12.49 pagi semalam secara pembedahan di Hospital Putrajaya.

Haziq memaklumkan bayi seberat 2.87 kilogram itu dilahirkan lebih awal daripada jangkaan iaitu 23 September ini.





Sementara itu, Haziq berkata, dia masih belum memikirkan nama sesuai untuk anak sulungnya itu namun memberitahu nama itu nanti bakal berkaitan dengan sambutan Aidiladha.

"Welcome to the world my son.. Unexpected nk keluar awal, sepatutnya 23hb ni. Tapi perancangan Allah siapa yang tahu kan..

"Alhamdulillah ngam-ngam raya AidilAdha pukul 12:49am tadi baby keluar..Baby normal 2.87kg & muka ikut mak dia buat masa ni..

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Apa pun Syukur Ya Allah atas anugerah tak ternilai ini.. Hye aunty & uncle, leh raya Haji sama-sama tahun ni.. Nama pun nak kena adjust balik ni sebab dh alang-alang Hari Raya AidilAdha kena la ada berkait sikit..," kata Haziq di IGya.

Kata Haziq, isterinya itu tidak mengizinkan untuk menunjukkan wajah bayi lelaki mereka untuk tempoh seminggu dari tarikh kelahirannya.

"Maaf sangat tak dapat tunjuk muka anak kerana isteri tak izinkan dulu untuk tempoh seminggu dari tarikh kelahirannya," ujar Haziq dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Haziq dan Maisarah berkahwin pada 11 September tahun lalu.


Sumber: BH & Haziq IG


         ________________________





No comments: