13 September 2016

4 GAMBAR - SAM BUNKFACE TIMANG 'BABY BOY'



"Assalamualaikum dunia. Let me introduce to you Maleeq bin Shamsul Annuar. Alhamdulillah," maklum Sam Bunkface yang kini bergelar bapa apabila isterinya, Aida Azira Husin telah selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.

Berita gembira yang dikongsikan Sam di laman IGnya itu tidak henti-henti mendapat ucapan tahniah daripada peminatnya.





Sebelum ini, Sam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak akan membuka akaun Instagram untuk cahaya matanya itu seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti lain.

Untuk info, pasangan ini berkahwin pada 25 April 2015 di Dewan Sapura, Jalan tasek, Mines Resort City, Seri Kembangan.

Tahniah kami diucapkan buat Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar dan isteri atas kelahiran bayi lelaki mereka ini. Semoga kehadiran cahaya mata di dalam keluarga ini akan terus menambah kemeriahan Sam dan juga isteri selain sentiasa dilimpahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.





___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________






         ________________________





No comments: