12 September 2016

ALHAMDULILLAH, IBU SHILA LAMA IKUT JEJAK ANAK PELUK ISLAM



Masihkan anda ingat dengan bekas pelakon dan model Shila Lama atau nama penuhnya Nabila Shila Lama Abdullah? Meskipun sudah meninggalkan dunia hiburan, namun Shila sebenarnya aktif sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Mualaf Berhad.

Terkini, ibunya Wong Lan Eng, 74, pula mengikut jejak langkah Shila memeluk islam pada Majlis Korban Perdana Bersama Mualaf 2016 anjuran Surau Manba'ul Taqwa dan Koperasi Mualaf Berhad di Padang Bola, Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru.





"Kalau bukan hari ini, bila lagi saya akan peluk Islam," ujar Wong Lan Eng dipetik sebagai berkata.

Wanita berusia 74 tahun itu sebenarnya bukan hanya ibu kepada Shila, tetapi ibu kepada Muhamad Johan Haiqal Abdullah, 37, dan Kamarudin Abdullah yang sudah lama memeluk Islam. Apa yang menarik, Wong Lan Eng telah dibimbing oleh anak lelakinya sendiri mengucap dua kalimah syahadah di depan kira-kira 3,000 mualaf.

"Walaupun anak-anak saya dan cucu beragama Islam, mereka tetap menghormati saya. Jadi, itulah perkara utama saya memilih Islam," tambah Wong Lan Eng.

Klik gambar untuk size besar


"Hari ini ibu mengucapkan dua khalimah syahadah di depan saya dan kakak, Shila Lama. Buat masa ini, ibu belum mempunyai nama Islam tetapi beliau pernah memaklumkan mahu menggunakan nama Fatimah," kata Johan Haiqal yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Belia dan Masyarakat Malaysia ketika ditemui selepas proses pengIslaman itu.

"Ibu yang dulunya seorang penganut agama Buddha yang tegar kini sudah sah seorang Islam. Saya harap ibu akan mengamalkan ajaran agama baharunya dengan baik," tambahnya yang memeluk Islam sejak 10 tahun lalu.


Sumber: BH & Bernama



         ________________________





No comments: