24 September 2016

"SAYA SEMAKIN PULIH, BAKAL KEMBALI BERLAKON" - NADIYA NISAA



Belum bersedia berkongsi kisah berdepan ujian kehilangan anak kedua dalam kandungannya pada 31 Julai lalu, pelakon Nadiya Nisaa bagaimanapun berkata beliau kini semakin pulih dan sudah pun selesai daripada tempoh berpantang.

"Saya belum bersedia untuk bercakap mengenai perkara itu. Alhamdulillah, setakat ini saya semakin pulih. Saya juga bersyukur apabila keluarga, terutamanya suami, sentiasa memberikan sokongan dan semangat," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Anak dalam kandungan Nadiya yang berusia kira-kira lapan bulan meninggal dunia pada 31 Julai lalu. Berita itu disahkan oleh suaminya, Saiful Razman Mohd Kasim, ketika beliau menjalani pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre.

Jenazah anaknya dikebumikan pada hari sama di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Batu Caves.

Sementara itu, pelakon filem 'Love Supermoon' itu berkata yang beliau bakal kembali sibuk dengan kerjaya lakonannya sedikit masa lagi.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Katanya, ketika berpantang, ramai yang memberikan ucapan takziah manakala sebahagiannya pula sudah bersedia untuk menghulurkan beberapa tawaran berlakon sebaik saja dirinya ingin kembali ke lokasi.

"Alhamdulillah, dalam pada mendapat mesej ucapan mahu saya kembali sihat, ada juga beberapa pengarah yang rapat bertanyakan bila saya bersedia untuk berlakon?

"Tidak lama lagi, saya akan terbabit dengan penggambaran drama bersempena sambutan Deepavali, arahan Heykal Hanifah.

"Ada juga beberapa projek lain yang masih dalam perbincangan. Pada Oktober atau November depan, saya akan sibuk menjalani promosi filem Interchange, arahan Dain Said," katanya.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: