24 September 2016

KEJAYAAN OLA BOLA TERCALON DI SRIFF MALUKAN FFM?



Jika di Festival Filem Malaysia (FFM), Ola Bola seolah 'terpinggir' pada awalnya, namun luka mereka terubat juga apabila filem arahan Chiu Keng Guan itu menjadi satu-satunya filem dari Asia Tenggara yang tersenarai dalam Top 26 di Festival Filem Antarabangsa Silk Road (SRIFF) 2016 di Xian, China.

Ola Bola berjaya melepasi empat saringan daripada 676 filem seluruh dunia yang dicalonkan sebelum dipertandingkan di festival filem berprestij itu.





Pencalonan tersebut bukan hanya membanggakan mereka, malah ia seolah memberi 'tamparan' hebat kepada FFM yang sebelum ini menjadikan filem Ola Bola satu kontroversi hangat.

"Memang tidak sangka Ola Bola berjaya lolos dan menjadi filem tunggal dari Asia Tenggara tersenarai dalam top 26.

“Berada dalam kelompok 26 terbaik pun sudah cukup bersyukur dan sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi untuk sebarang anugerah di festival ini," ujar pelakon utamanya, Luqman Hafidz, mewakili tenaga kerja Ola Bola.

Untuk info, SRIFF edisi ketiga itu telah berlangsung sejak 19 September lalu sehingga hari ini. Selain Malaysia, SRIFF 2016 berjaya menarik penyertaan dari 35 negara seluruh dunia termasuk China, Rusia, Jepun, Jerman, dan Korea Selatan.

Tahniah diucapkan!



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...