06 September 2016

TUNAI HAJI - NEELOFA & IBU BAPANYA SELAMAT BERLEPAS KE TANAH SUCI



"Alhamdulillah, saya mendapat pengesahan untuk menunaikan ibadah haji ini pada saat-saat terakhir walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah visa sebelum ini," kata Noor Neelofa Mohd Noor, 27, apabila dia bersama ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan ayah tirinya Abdul Halim Khan selamat berlepas ke Tanah Suci Makkah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang semalam.

Kata pengurusnya Mohd Amer Shafiq Khalip, dia tidak menyangka hajat pengacara dan pelakon untuk menunaikan ibadah haji hampir tercapai.





"Alhamdulillah impiannya untuk membawa ibu bapa menunaikan haji hampir menjadi kenyataan. Doakan semoga perjalanan Neelofa ke Tanah Suci dipermudahkan dan mendapat keberkatan Allah.

"Pesanan Neelofa kepada semua peminat, doakan dia selamat pergi dan kembali serta diberikan kekuatan melakukan haji mabrur," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Difahamkan, Neelofa dan kedua ibu bapanya itu dijangka pulang ke Malaysia pada 20 September depan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Tanpa perlu didengar dan dibaca, doa adalah bahasa rindu yang paling cepat untuk sampai ke dalam hati. Terima kasih ya Allah kerana menyambut doa hamba Mu ini untuk kembali bertemu, menjadi tetamu Mu dalam satu pertemuan yang suci.

"Sekudus itu juga, saya berasa sangat bersyukur kerana jemputan ini turut didatangkan bersama rasa kasih sayang ibu dan bapa tercinta. Alhamdulillah.



"Andainya pernah saya terkasar bahasa, andainya pernah ibu dan bapa saya menyinggung perasaan anda semua, harap dimaafkan kekhilafan kami sekeluarga.

"Doakan kelancaran ibadah kami sepanjang berada di tanah suci kelak, doakan segalanya dipermudahkan, Insya-Allah. Bismillah...," tutur Neelofa di FBnya

Sebelum ini, pelakon terbabit sudah dua kali mengerjakan umrah.


Sumber: Harian Metro & Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: