23 September 2016

WAJAH TERKINI 'RICKY MARTIN' MALAYSIA



Sudah lama kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi yang bergelar 'Ricky Martin' Malaysia iaitu Shawn Baharin.

Shawn yang pernah popular di era tahun 80-90an secara tiba-tiba menghilang kerana membawa diri ke luar negara.

Terkini, Shawn akhirnya pulang semula ke Malaysia, tetapi kepulangannya itu hanya seketika sahaja. Difahamkan melalui laman sosial adiknya Anis Suraya, Shawn kini aktif menyanyi di luar negara.





"Pertemuan singkat kami adik-beradik. Terpisah antara benua mencari peluang seni yang ada. Rezekinya di luar negara," tulis Anis.

Untuk makluman, Shawn atau nama sebenarnya Tengku Shamsul Bahrin Tengku Sulaiman pernah aktif sebagai penyanyi pada tahun 1999 - 2003 dengan lagu-lagu pop.

Dia juga pernah menghasilkan dua buah album dengan lagu-lagu popular seperti Melodi Hati, Rosmaria, La Bomba, O.E.O dan banyak lagi hingga digelar sebagai Ricky Martin Malaysia.


Sumber MH - Foto Anis IG - www.myartis.com



         ________________________





No comments: