31 October 2016

ADI PUTRA BAKAL TIMANG ZURIAT?



Baru-baru ini ada satu dakwaan dimana isteri kedua Adi Putra yang dikahwininya pada pertengahan tahun lalu dikatakan sedang hamil anak pertama mereka.

"Khabarnya, Nor Shahida sedang hamil anak pertama bersama Adi selepas berkahwin dengan aktor itu pertengahan tahun lalu. Alhamdulillah, syukur kalau benar berita itu. Sebab selama ini pun sudah lama Adi mengidam untuk menimang cahaya mata sementelah sudah mempunyai seorang anak angkat dengan isteri pertamanya, Aida Yusof.





"Cuma jangan haraplah Adi nak mengaku tentang kebenaran kisah kehamilan itu memandangkan sebelum ini dia awal-awal sudah memberi amaran tidak mahu berkongsi cerita peribadi kepada umum," katanya di ruangan Miss J di Utusan Online.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita kehamilan tersebut.

Adi sebelum ini mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinan kali kedua dengan seorang janda beranak satu iaitu Nor Shahida yang dilakukan secara rahsia.



Tidak dinafikan kontroversi rumah tangga keduanya itu cukup hangat apabila Adi pernah didakwa sebagai punca Nor Shahida bercerai dengan suami pertamanya.

Lebih hangat lagi apabila timbul pula berita dimana Nor Shahida yang bekerja sebagai Pegawai Imigresen dikatakan telah ditahan berhubung sindiket penyeludupan warga asing dalam satu operasi tidak berapa lama dulu.

Bagaimanapun, Adi yang turut terkesan dengan kritikan negatif yang dilemparkan oleh peminat dengan kontroversi yang melanda nekad untuk tidak lagi berkongsi mengenai perihal peribadinya kepada umum kerana menginginkan privasi.

Walau apapun, jika benar berita kehamilan ini, tahniah kami ucapkan kepada Adi dan isteri.


Sumber: Utusan Online



         ________________________





No comments: