31 October 2016

KAKI NORMAN HAKIM KINI KEMBALI PULIH



Kaki pelakon sado dan tampan iaitu Norman Hakim kini kembali pulih selepas beberapa menjalani proses rawatan pemulihan kaki atau nama saintifiknya 'patella dislocation'.

Sepanjang sakit, kata Norman, meskipun pergerakkan sedikit terbatas namun dia masih tetap gigih berjalan dan menjalani penggambaran drama 'Andartu Kau Bidadariku'.

Sebelum ini, Norman pernah juga mengalami derita penyakit yang sama disebabkan bermain bola sepak dan kini terjadi lagi di sebelah kaki kirinya.





"Sebenarnya dah lama sakit selepas alami kecederaan di lutut akibat main bola. Sudah nak kena nak buat macam mana. Namun alhamdulillah saya masih mampu untuk berlakon.

"Cuma saya sukar untuk pijak lantai. Jadi selepas sepuluh hari barulah saya pergi mendapatkan rawatan pemulihan di klinik orthopedik dan fisioterapi Shah Alam.

"Saya baru sahaja tiga kali menjalani proses rawatan seperti shockwave, ultrasound dan re-construction treatement dan alhamdulillah kedudukan kembali pulih, perubahan lebam-lebam di kaki pun hilang," terang Norman.



"Alhamdulillah sebab saya dah berbincang dengan produksi tentang hal saya ini. Oleh itu, saya diberikan babak yang kurang memerlukan saya bergerak. Setakat yang termampu sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Norman menerusi laman Instagram berkata yang dia tidak sabar ingin kembali ke gym.

"Aamiin YRA...cedera & sakit ni betul-betul buat saya bersyukur. Nikmat yang Allah tarik ni buat saya sedar betapa nikmat yang Allah beri masa badan kita cergas & sihat



"Tq wifey, family, team #ephyra #Meylana #GerakKhas #AndartuKauBidadariku yang sangat prihatin & begitu memahami dan menjaga sepanjang saya bertugas. Walau saya perlu berehat tapi perjuangan harus diteruskan. Bukan saya tak boleh berehat, tapi pilihan saya untuk teruskan perjuangan sebab kalau duduk diam lagi saya rasa macam orang sakit. MIND OVER BODY in shaa Allah

"And of course million thanks to Dr. Shariza Physio and the Klinik Orthopedik Dinamik team yang approached saya melalui DM for the superb treatments. I'm feeling much much 300% healed & better after the treatments

"Dan terima kasih jugak pada kawan-kawan IG and FB yang concern & sentiasa mendoakan. Badan dah menggigil tak sabar nak masuk gym balik in shaa Allah!," ujar Norman di IGnya.


Sumber: Media Hiburan & Norman Hakim IG
Foto: Norman Hakim IG



         ________________________





No comments: