10 October 2016

BERGELAR JUARA AF2016 - AMIR RAIH RM50,000



Akademi Fantasia 2016 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah melabuhkan tirainya malam semalam apabila Amir yang berasal dari Selangor dinobatkan sebagai juara program realiti tersebut.

Ia sekaligus melayakkan Amir membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000, kredit membeli-belah sebanyak RM5,000 tajaan 11street dan sebuah trofi.





Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, telah menewaskan saingan terdekat iaitu Amal dan Reshma yang juga merupakan antara peserta yang dijangka bergelar juara.

Dalam konsert akhir itu, Amir telah menyampaikan lagu single terbarunya, 'Pemilik Cinta' ciptaan Hang Nadin dan lagu cover berjudul 'Romantis' nyanyian asal Kumpulan Spring.

Selain itu, pelajar berusia 20 tahun itu juga turut menerima 'Anugerah Fantasi Dherbs' sekaligus membawa pulang wang tunai RM5,000.



Manakala bagi naib juara pula diduduki oleh Amal (Mohamad Ammal Shafiq Osman), 21, yang memenangi hadiah berupa wang tunai bernilai RM20,000, kredit membeli-belah sebanyak RM4000 tajaan 11street dan sebuah trofi.

Reshma (Kareshma Martin John Patrick), 18, selaku pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, kredit membeli-belah sebanyak RM3000 tajaan 11street dan sebuah trofi.



Sementara itu, pemenang tempat keempat jatuh pada Ara (Nurfarrah Izzatie Johari) yang menerima wang tunai berjumlah RM10,000 dan tempat kelima, Afi membawa pulang RM 5000.

Afi atau nama sebenarnya Nur Hafizah Longkip @ Thomas berpuas hati ditempatkan terakhir.

Hadiah disampaikan oleh pengetua AF2016, Datuk Shake.


Sumber: Astro Gempak


         ________________________





No comments: