09 October 2016

MENGEDAR DADAH - PELAKON AIDIL AZIZ BERDEPAN TALI GANTUNG



Pelakon drama 'Lara Terindah', Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.

Selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret semalam, Aidil atau nama penuhnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham.




Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 te­ngah hari, 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...