16 October 2016

BERSALIN SECARA PERBEDAHAN - NAD ZAINAL KONGSI PENGALAMAN



"Pada mulanya saya berharap dapat bersalin normal tetapi apabila dimaklumkan doktor bayi dalam kandungan hampir lemas, saya terpaksa dibedah.

"Ketika itu memang agak cemas. Cuma apa yang saya boleh lakukan adalah terus berdoa. Alhamdulillah, proses pembedahan hanya dua jam. Apa yang penting bayi saya selamat dan sihat," ujar Nad Zainal, 26, yang berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata pertama secara pembedahan pada 14 Oktober lalu.





Bayi lelaki pasangan ini yang diberi nama Fahad Ibrahim Muhammad Faliq itu dilahirkan pada jam 11.38 malam kelmarin di pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Nad yang juga pelakon filem Juvana 2 & 3 berkata, dia tidak menyangka bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin iaitu pada 22 Oktober ini.



"Pagi semalam saya pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan. Namun doktor memaklumkan saya sudah ada tanda-tanda bersalin. Disebabkan itu saya terus dimasukkan ke wad. Tidak menyangka pula saya perlu melalui proses bersalin secara pembedahan," katanya.

Nad atau nama sebenarnya Nadiah Nadhirah Zainal Hassan berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin, 18 Disember tahun lalu.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: