17 October 2016

ISTERI SAH 'PREGGY' - SHAHEIZY SAM RASA TERUJA



Pelakon Shaheizy Sam bakal bergelar bapa tidak lama lagi apabila isterinya yang juga seorang pelakon, Syatilla Melvin disahkan hamil anak sulung mereka.

Berita gembira ini disahkan sendiri oleh Sam yang mengetahuinya kira-kira dua minggu lalu selepas isterinya menjalani pemeriksaan kehamilan di hospital.





Namun, Sam buat masa ini enggan memberikan butiran lanjut mengenai kehamilan berkenaan kerana katanya ia masih lagi di peringkat awal.

Sam pada masa yang sama sempat meluahkan rasa syukur atas kurniaan indah ini dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.

"Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling.



"Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal. Saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan dan doakan yang terbaik buat kami berdua," ujar Sam yang teruja.

Bagaimanapun, ada khabar angin mengatakan usia kandungan Syatilla sebenarnya sudah memasuki bulan kedua.

Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 7 Februari lalu di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang selepas 6 tahun berkenalan.

Tahniah kami ucapkan!


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: