17 October 2016

KEMALANGAN MAUT - BEKAS GITARIS KRISTAL SELAMAT DIKEBUMIKAN



"Alhamdulillah.. selamat semuanya.. HAIRY FITRI AHMAD / BOB KRISTAL Moga ditempatkan bersama dengan orang2 yang soleh.. Aaamiiinnn! " demikian ucap Lan Kristal sebaik selesai pengkebumian rakannya itu yang terbabit dalam kemalangan.

Allahyarham disemadikan di Taman Rhaudatus Sakinah, Tanah Perkuburan Taman Batu Muda, Koperasi Polis, Kuala Lumpur.





Untuk info, bekas pemain gitar kumpulan Kristal, Bob atau nama sebenarnya Hairyfitri Ahmad, 33, maut selepas motosikal jenis Yamaha LC135 ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva di Kilometer 30, Jalan Kuala Klawang-Genting Peres, semalam.

Hairyfitri yang juga Pembantu Tadbir Giat Mara di ibu negara itu sedang menyertai konvoi bersama enam lagi rakannya sebelum kejadian malang itu berlaku.

Takziah diucapkan!




Foto: Kosmo / Harian Metro / Lan IG



         ________________________





No comments: