17 October 2016

CINTA ANIS AL IDRUS & RAJA AFIQ 'BERKUBUR' SEJAK DUA BULAN LALU



Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari... ikhlasnya, pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan Raja Afiq, yang mendedahkan bahawa hubungan cintanya dengan Anis Al Idrus sudah berkubur.

Sekitar bulan lepas, ada khabar angin mengatakan hubungan cinta antara Raja Afiq dan Anis telah berakhir. Namun, Anis menyifatkan penyebaran berita berkenaan sebagai satu fitnah kerana mereka masih lagi bercinta.

Walaubagaimanapun, Raja Afiq yang tidak mahu terus menipu peminat mengesahkan beliau dan Anis sebenarnya sudah putus cinta sejak dua bulan lalu.





Raja Afiq memberitahu beliau mengambil masa untuk berterus-terang kerana sebelum ini masing-masing belum bersedia dan tidak mahu kisah putus cinta ini jadi berita hangat.

"Ketika itu, saya masih tidak berani untuk bercakap mengenai perkara ini. Tetapi apabila berfikir kembali, sampai bila saya mahu menyembunyikan kenyataan ini? Khususnya dengan peminat kerana nanti semua orang akan tahu perkara sebenar.

"Saya tiada nita untuk membiarkan orang luar berteka-teki mengenai hubungan kami. Saya juga tidak mahu perkara ini dijadikan isu, membuatkan saya membiarkan sahaja dulu sehingga bersedia untuk berkongsi mengenainya," jelas Raja Afiq.



Buat masa ini Raja Afiq enggan lagi memikirkan soal cinta dan ingin fokus kepada karier lakonannya yang baru sahaja bermula.

"Saya mahu terlebih dahulu, menggembirakan ibu dan membalas jasanya kerana dia sudah berkorban membesarkan saya dan empat lagi kakak. Mungkin sesetengah pihak tidak faham situasi ini, tetapi saya ingin menyatakan fokus utama sekarang adalah kerjaya dan keluarga.

"Mungkin Allah mahu memberikan jodoh yang lebih baik kepada saya dan Anis selepas apa yang berlaku ini," ujar dipetik sebagai berkata.

Kalau tiada jodoh hendak buat bagaimana. Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan dan apa yang sudah berlaku pasti ada hikmahnya.



Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: