18 October 2016

TAHNIAH - ZAIM HELMI (HOS MHI & CJWS) TIMANG 'BABY BOY'



"Syukur, Alhamdulillah Ya Allah... Zaaef Al-Ikhlas Bin Zaim Helmi. Born today 17 October 2016 (11.50am), welcome to this beautiful world my dear baby boy. Syukur, wife and my baby both healthy! Baby weight 3.7KG.

"Zaaef Al-Ikhlas Bin Zaim Helmi, semoga menjadi anak yang soleh, taat perintah Allah dan ibu bapa and please be friendly to everyone ya sayang," demikian kata pengacara Malaysia Hari ini (MHI) dan juga hos program CJ Wow Shop (CJWS), Zaim Helmi Zaini, 30, yang menimang cahaya mata lelaki pada jam 11.50 pagi semalam.





Isteri kepada Zaim iaitu Nurdamia Mohamed Nasir, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka yang diberi nama Zaaef Al-Ikhlas secara pembedahan di sebuah hospital di Shah Alam.

"Isteri terpaksa melalui proses pembedahan disebabkan bayi dalam kandungan besar iaitu 3.9 kilogram. Jadi doktor menasihatkan untuk tidak bersalin secara normal.

"Alhamdulillah sepanjang proses bersalin semuanya berjalan lancar. Isteri saya sangat tenang malah saya pula yang menangis," jelas Zaim.



Zaim turut berkongsi yang mana dia mengalami demam panas sehari isterinya dimasukkan ke hospital kerana terlalu gementar menunggu detik itu. Zaim memberitahu dia dan isterinya memilih tarikh hari ini untuk menjalani pembedahan.

"Saya bersyukur isteri dan anak dalam keadaan baik. Insya Allah mereka dibenarkan keluar hospital Rabu ini. Isteri juga menjalani proses berpantang di rumah mentua yang terletak di Ampang. Jadi sepanjang tempoh itu saya perlu berulang alik," katanya.

Untuk rekod, Zaim dan Damia berkahwin pada 25 Disember tahun lalu.






Sumber: Harian Metro
Foto: Zaim Helmi & isteri IG


         ________________________





No comments: